Sunday 8 December 2013

PISANG n SYURGA?

Bismillahirrahmanirrahim.


Yummy~~

Memang tidak dapat ku tahan bau pisang.
Mengugat nafsu makan terbuak-buak.
Entah kenapa rasa macam nak makan pisang jer.
Mungkin jugak sebab bau pisang ni memang unik?

Mungkin.

"Bila dah cakap pasal bende kita suka,
Lepas subuh pun sanggup tak tido,
sebab nak main dengan anak ayam kuning"

PISANG.PISANG.

Eh. Apa nih??grrr

Sebenarnya entry kali ni nak mengisahkan mengenai somthing yang semua orang suka.
Yup, mengenai SYURGA~

Kenapakah? Apa kaitankah?

Selalu teringat ketika mana makan pisang, mesti tetiba datang pikir, "kalo kat syurga mesti lagi best, sebab mesti ada lagi buah yang lagi best dari pisang.

Belek punya belek Quran. Betul!

"Dan didalam syurga ada beraneka buahan yang berpasangan"
(QS55:52)

"Di dalam kedua syurga itu adanya buah-buahan, kurma dan delima"
(QS55:68)

Subhanallah. Hanya dengan sedikit gambaran syurga dari Allah, sudah menjadikan semangat untuk mengejar syurga.

Infiniti kenyang.Ekek.

Bukan itu sahaja, di SYURGA ada macam-macam yang mana kita tidak dapat bayangkan kita akan dapatinya di dunia.

"Diedarkan kepada mereka gelas yang berisi khamar(arak) dari sungai yang mengalir. Warnanya putih dan bersih, sedap rasanya bagi orang yang meminuminya. Tidak ada didalam khamar itu alkohol, dan mereka tidak mabuk kerananya."
(QS37:45-47)

"Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan minum darinya gelas yang berisi minuman yang bercampur air katur. Iaitu air mata air(dari syurga) yang diminum oleh Allah. Dan mereka memancarkannya dengan sebaiknya."
(QS76:5-6)

Perghhhhhhh. Infiniti x haus.

Ada lagi. Nah.

"Di dalam syurga adanya bidadari yang sopan yang menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka(penghuni-penghuni syurga yang menjadi suaminya) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat tuhan mana lagi yang kamu dustakan.Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan"
(QS55:56-58)

Hadis Nabi mengenai ayat di atas.

"Wajah bidadari dipandang dalam penutupnya itu lebih bersih dari pada cermin. Mutiara (bidadari) yang paling sikit itu menyinari antara timur dan barat, yang diatasnya ada pakaian 70 lapis pakaian yang tembus oleh penglihatannya. Sehingga menampakkan sum-sum tulang betisny dari belakang.(kerana keindahannya)"
Hadis riwayat Imam Abu Yala, melalui Abu Said Al-Khudri)

MasyaAllah! Nikmat tuhan mana lagi yang kamu dustakan??

Sekarang belek Quran, banyak lagi gambaran syurga didalam Quran. Hadis sekali. Jadikan motivasi,
Pergi~~GoGo.

Fuh,
Kepah-kepuh menulis. Namun, tidak mungkin syurga dapat macam gitu jer.
Nak makan pisang febret pun kene pergi market beli.
Tak mungkin syurga yang best, osem dan cool giler dapat macam tuh jer.
Ada harga yang perlu dibayar.

Kesimpulan pendek.

Amar Maaruf, Nahi Munkar.
Laksanakan Apa yang Allah suruh, Tinggalkan apa yang Allah larang. DLL.
Masuklah syurga dengan KEREDAAN ALLAH.

Nampak simple. Tulis macam senang. Pffffff.
Banyak kerja I dan uolss kene buat ni tau.

Rasa sedap makan pisang? Dalam Syurga lagi sedap.
SYURGA*blink-blink*

InsyaAllah. Biiznillah.

Nota Kaki: Pukul 12 45 tengah malam dan esok exam.
Mengarut jer kerja.

Sebarang komen dan cadangan jangan malu-malu panda untuk contact.
Sebab sayang fillah. Nah Link fb.Eh. https://www.facebook.com/pandakulompat

No comments:

Post a Comment