Sunday 12 January 2014

100% sihat ke?

Assalamualaikum.

ARGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!Tak suka, Benci. Tak mahu. Stress. Tak nak dakwah.Ok tu serius.
Masalah hati.Fuh.Peluh.

Realitinya manusia.
Sekejap happy, sekejap stress, sekejap risau, sekejap nih, sekejap tuh.
Kadang-kadang kita akan risau ke atas perkara yang tidak sepatutnya.
Kadang-kadang kita mahu menangis kerana kita takut kerana kita merasakan perbuatan yang kita buat bukan kerana Allah. Terutama daie-daie yang hebat di luar sana,
Kadang-kadang juga kita akan merasakan yang malas nak berbuat apa-apa sampaikan hanya mahu 'harbinate' di dalam selimut semata-mata.(Bestnyer)
Dan banyak lagi keadaan yang tak perlu saya nak tulis.Letih tau menulis.eh.

Manusia sememangnya iman naik dan turun. Sebab tu lah kita dapat rasakan down, semangat semua,tau tak?Dont worry uollss...

"Wahai kamu-kamu diluar sana! Kenapa mahu risau dan gusar jika sudah tahu Allah berada di pihak kamu?"
Nasihat kepada diri sendiri nih.Tikaman ke hati sendiri.Bush2

Kredit: I luv Islam

"Dan apabila hamba-hambamu bertanya kepadamu Muhammad mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi permintaan Ku dan beriman dengan K, agar mereka memperolehi kebenaran"
Al-Baqarah 186

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Rasa risau, riya. gundah gelana?
1) Kembalilah pada Allah.
2) Carilah Murabbi, Ikhwah , sahabat yang korang boleh ceritakan dan kembalikan semangat kamu balik~
3) Paksa diri untuk kembali kepada Allah!

"If you dont have shoulder to lean, you have sejadah to sujud, right?"

Bacalah doa Rabitah untuk ubati hati ;-)
Biiznillah!

1 comment: