Friday 6 December 2013

Budak Imtiaz di Korea

Fuh,
Bismillah~

Masih teringat apabila apply Korea setelah kecewa dengan keputusan SPM.
Yup, cita-cita dahulu untuk belajar medic terutama di timur tengah sudah jauh lenyap,
Sapa sangka budak Imtiaz akan ke Korea?

Mungkin kerana semasa itu keputusan dibuat atas pertimbangan yang tidak rasional,
Membuat keputusan seorang diri,
Mengira masa depan dengan perkiraan yang pendek,
Mengetepikan 'apa yang ada dalam diri'

Namun,

Apabila tawaran ke Korea dapat,
Alhamdulillah, suka bukan kepalang,
Tapi ketika itu baru start bimbang,
Camner dengan hafazan, baru jer hangat dengan khatam,
Terjaga ker hafazan, camner makan minum, dapat ker tahan rindu? Rindu mak ayah, rindu persekitaran(baca: bi'ah) agama. Sob2~

CABARAN!~

Dengan izin abah dan doa suka paksa mak, masuklah ke pusat persediaan Intec Shah Alam.
Dan, bermulalah di sini hidup berdikari,
Rindu akan suasana di Imtiaz Kuala Berang,
Adanya ustaz dan ustazah yang tolong menjaga hafazan,
Adanya sahabat-sahabat yang sama sekali berjuang menghafaz, mengulang.

Mujurlah, Allah kurniakan peluang kepada aku untuk memperbaiki diri.
Mula mengenal tarbiyah, mula mengenal usrah, kembali mengatur diri, kembali mengajar diri, supaya bersedia sebelum ke Bumi Sonata(macam xjer).
Jazakumullah tarbiyah kerana menyentuh hati ini ketika mana hati sangat kosong, hati yang terkial-kial mencari pertolongan. Yang memerlukan sokongan.

Syukran Jazilan, TARBIYAH.
And today Here I am, in Korea,
Seorang marhaen dan ghuraba'.

Tiada salah sesiapa! Aku yakin ini ketetapan Allah yang terbaik.
Aku yakin ada makna dan kerja yang lebih besar yang Allah mahu aku lakukan di sini.
Allah tahu aku mampu untuk melawah segala keburukan disini.

Teringat ayat Allah.(QS2:286)
...لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

InsyaAllah diri akan terus thabat dan kuat.

######################################################################################

                              
Seorang hamba Allah, 
Budak Imtiaz Kuala Berang ke Korea,
Tahun pertama,  Kejuteraan Material Sains dan engineering,
Sedang menerima tarbiyah dan akan terus menerima tarbiyah.
InsyaAllah,

Akan memperbaiki penulisan dari masa ke semasa.
Nantikan entry seterusnya^^



4 comments: