Saturday 7 December 2013

Imtiaz Kuala Berang yang tercinta.

Bismillahirrahmanirahim.




Terletaknya di Hulu Terengganu, tidaklah segah seperti sekolah-sekolah "gah" seperti ASIS(baca: esis), KISAS, Sheikh Abdul Malik, SASER, malah jika dibandingkan sekolah tahfiz lain, 
Hanya cebisan daging terlekat kat gigi jer.

Kenapalah gigi berlubang. Sobs2.

Namun,

Entry kali ini khas untuk sekolah tercinta,
Tempat bermulanya "pendidikan khas" untuk Shafiq Aziz.
Batch pertama yang menggunakan nama IMTIAZ Kuala Berang,
Yang sebelomnya dikenali dengan Kolej Islam Sains Terengganu(KIST).

Yelah tuh, betol tekaan semua.

Sekolah yang saban tahun banjir,
Itulah sekolah aku,
Sekolah yang ada satu jer bangunan,
Itulah sekolah aku,
Sekolah yang pukul 9 pagi masih ada pelajar dijemur di tengah panas,
Itulah sekolah aku.
Sekolah yang warna maroon 4 tingkat,
Itulah sekolah aku.

TAPI!~

Tiada apa yang boleh ku"izzah"kan (baca: kubanggakan) melainkan suasana disini.
Sekolah yang menggabungkan akademik dan agama sekaligus.
Suasana yang gila-gila dirindui walau dah habis sekolah.
Sekolah yang x ada samanya dengan yang lain.
Menjadi idaman semua ibu bapa. Termasuk mak abah ku juga.

Bermula di sini ak menghafal dengan niat yang terpaksa, setahun dihabiskan dengan sia-sia.
Hafal bukan kerana Allah. Sobs2. Istigfar dalam2. Hok2.

Alhamdulillah.

5 tahun diharungi dengan suka pahit bersama rakan seperjuangan.
Siapa sangka mulanya masuk kerana paksaan mak abah,
Pernah menangis teresak-esak mahu keluar.
Akhirnya berjaya keluar dengan result yang "oklah" n berjaya khatam. 

Alhamdulillah. 

Benarlah kata Allah, dalam surah Al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Bush! Kene tumbuk dengan ayat ini lagi.

Once Imtiazan, poeber Imtiazan.

Moga Allah redha.
(_)

****
Sedikit nota kaki:-

Imtiaz ada 5 cawangan di Terengganu. Imtiaz Kuala Berang, Imtiaz Kuala Terengganu, Imtiaz Dungun, Imtiaz Besut dan Imtiaz Kemaman. Dan ada jugak cawangan di Melaka.

Berikut adalah sistem IMTIAZ yang sangat osem;
1) Hafaz satu mukasurat sehari
2) 3 tahun khatam Quran
3) Disediakan susu, kurma dan kismis setiap hari
4) Ustaz dan ustazah yang sangat berkaliber yang boleh disedut ilmunya bagai menyedut minyak di pesisiran pantai Gulf, Mexico.ekeke
5) Bi'ah agama yang sangat cool
6) Sahabat-sahabat yang sangat gempak
7) Result akademik yang x dijangka
8) Satu permulaan untuk menempuh dunia luar yang sangat menakutkan.
9) Dapat main air sebab sekolah selalu banjir(Tiada masalah besar pun).ekeke
10-ㅇㅇ)dan banyak lagi yang osem  

Pertanyaan mengenai IMTIAZ? Silalah bertanya^^~~


                                                         Kredit

9 comments:

  1. sekolah imtiz kena banjir lagi sekarang tok,belum surut lagi.

    ReplyDelete
  2. mcm mane nk msuk imtiaz? ape syarat2 nye? sy minat sgt dgn sistem imtiaz,,please bgtaw,,

    ReplyDelete
  3. Betol2, blok akademik hanya satu shaja..
    Duk kat imtiaz bnyak penglaman ditimba dlm diam

    ReplyDelete
  4. tahniah akh. smg menjadi ghuraba' di korea. di korea selatan ke? kami dlm rncgn nk melawat Seoul utk lawatan antarabangsa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea selatan. Moga bermanfaat. Selamat datang ke Korea^^

      Delete