Alhamdulillah
atas nikmat Allah kurniakan kepada kita.
Saya
begitu tertarik dengan isu Kpop di Malaysia ini kerana ada hikmah yang Allah
mahu sampaikan. Alhamdulillah melalui isu ini Allah mahu menunjukkan kepada
kita, betapa banyak lagi kerja-kerja dakwah dan tarbiyah yang harus kita
laksanakan.
Saya
teringat dengan kisah yang pernah saya dengar dulu. Dimana ketika 3 orang
sahabat berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Mereka terlihat dari jauh akan
gelagat sepasang kekasih yang sedang “asyik” dengan dunia mereka. Kemudian,
salah seorangnya berkata sambil mengutuk, “tak elok betul perangai 2 orang itu,
tak ada kerja lain?”. Lantas salah seorang sahabat berkata “MasyaAllah, kasihan
betol dengan meraka berdua itu, masih banyak kerja-kerja dakwah dan tarbiyah
perlu kita lakukan wahai sahabat!” Ya! Sepatutnya kita kasihan dengan mereka.
Saya
terpanggil untuk mengaitkan peristiwa tragedi Kpop dengan kisah di atas. Saya
merasakan bahawa adalah sangat tidak adil, kita dan mereka-mereka yang
mengikuti kisah ini untuk terus mengutuk kepada gadis-gadis di atas pentas
tersebut, mencari siapa yang salah, menunding jari kepada mereka yang tak
sepatutnya, dan kemudian, tiada amal susulan yang dilakukan. Sangat menyedihkan
bila ada segelintir gerakan dakwah yang mengambil langkah drastik dengan
menyalahkan mereka yang lain. Wahai!
Firman Allah dalam
Surah Al-A’raf 150
"Hai anak ibuku,
sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka
membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku,
dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim"
Melalui ayat ini, pada pandangan saya adalah elok
jika pihak yang menunding jari sahaja itu pergi untuk bertemu dan berbincang
yang sebaiknya. Mungkin atas perbuatan kita, musuh-musuh kita akan bersuka akan
kepincangan aqidah umat Islam. Maka sebaiknya kita mencari solusi sepantas
mungkin bagi perkara ini bersesuaian dengan kemampuan kita. Saya juga sangat
suka dan tertarik dengan pendekatan Dr. Harlina yang menunjukkan Islam sebagai
agama kasih sayang dalam mendidik penganutnya.
Kredit: Dr Harlina
Saya
dapat rumuskan bahawa sebelum, ketika dan selepas kejadian kpop ini, perkara
jahiliyyah masih/akan/tetap berlaku. Malahan dalam kalangan industri hiburan
kita sendiri pun perkara ini masih lagi berlaku. Perkara ini pasti akan terus
berterusan jika kita sendiri masih belum tahu sebab kita hidup, sebab kita
perlu berubah, sebab kenapa Islam adalah agama rahmah dan agama kasih sayang.
Dan kitaran ini akan terus berputar balik kepada jahiliyyah jika kita yang
mempunyai akal yang sihat, pertimbangan yang elok, fikrah yang masih boleh
dibentuk tidak sanggup untuk mengubah diri kita kepada kebaikan disamping
mengubah diri mereka-mereka yang masih lalai dengan kehidupan dunia.
Teringat
saya akan ayat Quran surah Taha ayat 43
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah
melampaui batas dalam kekufurannya.”
Sedangkan dalam Quran Allah menyuruh kita untuk
berdakwah walau mereka adalah musuh kita. Bukankah mereka-meraka yang terlibat
itu saudara kita? Atau adakah kita hanya akan tetap menjadi
mereka yang menunding jari sahaja dan menyalahkan orang lain?
JENIS
MANUSIA YANG BAGAIMANAKAH KITA?
Makanya,
saya menyeru agar semua pihak seharusnya mengambil langkah-langkah pencegahan
dari awal dengan menerapkan nilai-nilai Islam dan aqidah yang utuh ke dalam
hati masing-masing dan bagi pihak penganjur apa-apa program sahaja sekalipun untuk
supaya lebih sensitif bagi mengelakkan perkara ini berlaku sekaligus menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara Rahmah satu hari kelak. InsyaAllah.
Gambar sebuah masjid di Korea.
Bukti kepada perkembangan Islam di Korea
Mohd Nor Shafiq bin Aziz
13 Januari 2015
0126
Seoul, Korea